Friday, October 9, 2009

Kedaulatan Politik Islam

Oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kedaulatan atau sovereignty dimaksudkan sebagai yang paling berkuasa atau yang paling tinggi. Ia juga dikaitkan dengan satu kuasa mutlak pada sesuatu sama ada kepada Allah s.w.t., Rasul, pemimpin dan rakyat. Mengikut teori barat sumber kedaulatan ditumpukan kepada pemimpin dan rakyat. Mereka adalah sumber kuasa tertinggi (supreme power). Islam mengambil sikap lebih dari itu meletakkan Allah s.w.t. dan RasulNya sebagai sumber yang paling utama dan manusia diberikan kuasa untuk mengatur urusan-urusan hidup mereka sendiri sesuai dengan panduan-panduan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.


Jean Bodin (1530-96) yang didakwa oleh barat sebagai pelopor konsep ini, dan Thomas Hobbes (1588-1679) menganggap kedaulatan adalah kuasa mutlak dan tertinggi yang terdapat pada tangan raja tanpa mengenepikan peranan rakyat. Kedaulatan adalah suatu yang mutlak yang mengatasi undang-undang.


Manakala menurut Jean Jacques Rousseau dan John Locke pula, kedaulatan terletak di tangan rakyat. Pemimpin atau raja hanya menjalankan kedaulatan yang diserahkan oleh rakyat kepada mereka. Rakyat berhak menjatuhkan mereka sekiranya berlaku salah guna kuasa. Konsep ini seterusnya dikembangkan oleh pencinta sistem demokrasi yang meletakkan kebebasan rakyat di dalam menentukan corak pemerintahan negara melalui pilihanraya yang dijalankan. Rakyat adalah merupakan sumber kedaulatan yang agong. Kalau majoriti rakyat sudah menyetujuinya maka tidak ada pilihan lain bahawa sesuatu perkara itu akan menjadi undang-undang yang berdaulat yang wajib dipatuhi oleh rakyat.


Jelasnya teori kedaulatan barat menampakkan pemisahan yang nyata antara agama dan politik. Peranan Pencipta (Tuhan) langsung tidak disentuh apabila membincangkan soal kedaulatan. Perbezaan inilah yang menjadi garis pemisah di antara sistem Politik Islam dan barat.


Islam tidak mengenepikan tentang pentingnya peranan rakyat (majoriti) dalam menentukan kedaulatan sesebuah negara. Parlimen sebagai sebuah badan yang berdaulat memang tidak dapat dinafikan peranannya dalam sistem demokrasi berparlimen. Segala undang-undang yang telah dibuat dan diluluskan wajib dipatuhi oleh rakyat tanpa bersoal jawab lagi. Perlanggaran undang-undang akan menyebabkan seseorang itu boleh dihukum. Islam tidak menolak kedaulatan yang ada pada tangan rakyat. Rakyat berkuasa untuk menentukan polisi dan cara hidup mereka dalam sesebuah negara. Rakyat berhak meminda undang-undang sekiranya dirasakan ia sudah tidak sesuai lagi dipakai oleh umum. Pilihanraya merupakan saluran rakyat untuk mengubah kedaulatan sesuatu undang-undang itu.


Namun begitu, kedaulatan yang ada di tangan parlimen dan rakyat tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan kedaulatan Pencipta alam semesta iaitu Allah s.w.t.--- yakni sumber kedaulatan yang paling tinggi (mutlak) dan kuasa jurisdiksi (al-hakimiyah). Tidak ada sesiapapun yang berhak melanggarinya hatta haiwan sekalipun. Segala ketetapan telah diatur dengan sempurna sesuai dengan fitrah dan naluri makhluk itu sendiri.

Firman Allah s.w.t.:

"Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah..."(Surah Al-Baqarah 2: 107)


Menurut Al-Maududi, tidak seorangpun yang berhak mengeluarkan sesuatu hukum dalam sesuatu perkara yang hukumnya telah dikeluarkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Menyimpang dari hukum Allah dan RasulNya adalah boleh menjejaskan keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki Mukmin dan tidak pula bagi perempuan mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka dan barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata" (Surah Al-Ahzab: 36)


Sistem syura adalah merupakan salah satu sistem dalam kedaulatan Islam. Firman Allah s.w.t.

"...dan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka" (Surah As-Syura: 38)


Dalam konteks demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem syura, apa yang telah diputuskan oleh parlimen dan telah menjadi undang-undang wajib dipatuhi. Mandat yang telah diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat hendaklah dipergunakan bagi menjamin kepentingan Islam dan rakyatnya. Wakil-wakil rakyat tidak seharusnya mengabaikan amanah yang diserahkan kepada mereka oleh rakyat dan tidak boleh menyeleweng dalam menjalankan tugas serta menyimpang dari prinsip yang sebenar.


Prinsip yang dimaksudkan dalam sistem politik Islam ialah pengikhtirafan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah selaku sumber kedaulatan yang pertama Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (SunnahNya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian..."(Surah An-Nisa: 59)


Seterusnya Allah memberi peringatan kepada mereka yang bertanggungjawab merangka undang-undang yang menjadi kedaulatan melalui firmanNya:

"...maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka..."(al-Maidah: 48)


Firman Allah lagi:

"... dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..."(Surah Shaad: 26)


Saidina Alli r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:

"Sekiranya terjadi sesuatu sepeninggalanmu yang tidak kami dapati hukumnya di dalam Al-Quran atau tidak kami dengar sesuatu darimu mengenainya, apakah kira-kira yang akan kami lakukan?"


Baginda bersabda:

"Kumpulkanlah para ahli ibadat yang bijaksana di antara umatku dan musyawarahkanlah urusanmu itu diantara kamu dan jangan membuat keputusan dengan satu pendapat sahaja."


Di sini ternyata bahawa keputusan yang dibuat secara majoriti hasil dari syura merupakan satu perkara yang direstui Islam sekiranya sesuatu yang diputuskan itu tidak bercanggah dengan dasar-dasar umum Islam itu sendiri.


Sumber kedaulatan terakhir ialah kedaulatan rakyat. Peranan rakyat begitu penting dalam konsep kedaulatan. Mereka yang akan menentukan pimpinan yang akan menerajui sesebuah negara. Pemilihan terhadap calon yang tepat adalah merupakan jaminan kepada keamanan dan kestabilan negara. Islam telah menggariskan kritiria-kritiria asas kepada umat di dalam memilih pemimpin. Kritiria yang digariskan ialah untuk menjamin keamanan sesebuah negara. Dengan sebab itu rakyat harus bertindak dengan bijaksana sebelum membuat sesuatu pemilihan kepada calon-calon yang akan mewakili mereka.


Kesimpulannya, konsep kedaulatan Islam sentiasa terbimbing, terkawal dan kekal abadi sekiranya berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis. Kedaulatan yang tidak terkawal dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata telah menyaksikan ketidakstabilan dan kemusnahan manusia itu sendiri. Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sistem komunis adalah disebabkan oleh kedaulatan yang hanya berpandukan kepada hawa nafsu manusia sahaja. Begitu juga dengan sistem demokrasi, kedaulatan sepenuhnya yang diberi kepada rakyat tanpa kawalan melahirkan manusia yang rendah moral dan akhlak. Akhirnya lahirlah masyarakat yang pincang dan tidak stabil. Justeru itu, konsep kedaulatan Islam harus dijadikan asas dalam politik. Hal ini bertujuan supaya manusia sentiasa hidup dalam aman dengan moral dan maruahnya yang sentiasa terpelihara.

1 comment:

  1. Assalamualaikum!


    Demokrasi adalah agama kerana ianya adalah terdiri daripada Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri yang syirik dan kufur :

    1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :

    i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

    ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

    2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

    3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

    Sikap Islam terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah dalam bentuk pengingkaran, penentangan, permusuhan dan kebencian sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran untuk digantikan dengan kerajaan Islam dan peraturan dan undang-undang Islam.
    Metod Islam untuk mewujudkan kerajaan Islam ialah Jihad, Perang dan Revolusi, bukan melalui jalan demokrasi dan proses demokrasi kerana itu adalah jalan yang syirik dan kufur.


    Firman Allah : al-Hajj 40
    Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.


    Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF terhadap kerajaan demokrasi atau mana-mana kerajaan manusia yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini atau mana-mana kerajaan sekalipun yang memerintah dengan undang-undang manusia dan tidak memerintah dengan undang-undang Allah.

    ReplyDelete